MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT)
MEMORANDUM PINDAHMILIK
MOT merupakan satu suratcara pindahmilik. Ia merupakan dokumen yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli hartanah ataupun pemberi dan penerima pindahmilik hartanah. MOT membolehkan nama pembeli didaftarkan pada geran hakmilik tanah. MOT turut dikenali sebagai Borang 14A.
MOT akan disediakan dan ditandatangani bersama-sama perjanjian jual beli dan dokumen pinjaman. Manakala bagi hartanah yang masih dalam pembinaan dan dibeli dari pihak Pemaju, MOT akan disediakan dan ditandatangani apabila geran individu ataupun geran strata telah dikeluarkan.
MOT mengandungi maklumat mengenai penjual, pembeli, harga jualan, jumlah pemilikkan dan maklumat hak milik hartanah untuk rujukan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pihak Pejabat Tanah.
Selain untuk pembelian hartanah, MOT juga boleh digunakan untuk memindah milik hartanah secara kasih sayang dari ibu bapa kepada anak-anak (vice versa) dan di antara suami isteri.
MOT juga mengandungi maklumat mengenai tujuan dan balasan pindahmilik seperti melalui wang ringgit ataupun kasih sayang.
Apabila MOT telah diisi dengan lengkap, telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan disaksikan oleh Pihak Peguam atau yang berkelayakkan, pihak pembeli perlu membayar duti setem bagi MOT tersebut dan seterusnya membayar yuran pendaftaran di Pejabat Tanah bagi mendaftarkan pindahmilik tersebut.
Bagi pindahmilik hartanah di bawah Rizab Melayu ataupun Tanah Adat, MOT hendaklah ditandatangani di Pejabat Tanah dihadapat Pentadbir Tanah.
Diharapkan ilmu yang sedikit ini dapat membantu anda memahami apa itu MOT.
Sekian Terima Kasih
Credit : FRP