Jual Hartanah
Cabaran Utama Proses Jual Beli Hartanah
Proses penjualan rumah terutama dalam keadaan pasaran sekarang adalah tidak mudah. Anda memerlukan kemahiran dan jaringan yang luas untuk memastikan proses berjalan lancar dan tidak memberi masalah di kemudian hari..
Antara masalah yang dihadapi pemilik hartanah apabila memilih untuk tidak melantik Ejen Hartanah Berdaftar:
Menentukan Harga Yang Tepat
Tanpa penilaian hartanah profesional atau pengetahuan pasaran yang mendalam, pemilik rumah boleh mengenakan harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, yang boleh merugikan pemilik dalam jangka panjang.
Pengiklanan & Pemasaran
Pemilik perlu mengambil tanggungjawab penuh dalam membuat iklan, menjalankan pemasaran dan hebahan dalam platform jualan hartanah atau di media sosial.
Perundingan & Perjanjian
Menjadi pihak dalam perjanjian jual beli hartanah adalah tanggungjawab yang besar. Kesilapan dalam perjanjian atau perundingan boleh mengakibatkan masalah undang-undang atau kesilapan lain.
Semakan Kondisi & Kesediaan
Rumah mungkin memerlukan penyelenggaraan dan semakan yang rapi sebelum dilawati bakal pembeli. Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan terbaik boleh menjadi tugas yang mencabar.
Perundingan Harga & Terma
Memahami bagaimana rundingan harga dan syarat dengan pembeli adalah kemahiran utama yang penting. Pemilik rumah perlu tahu bagaimana menjawab tawaran yang berbeza dan menangani sebarang perundingan.
Urusan Undang Undang & Dokumentasi
Pemilik rumah perlu memastikan bahawa semua dokumen perundangan diperlukan dan prosedur undang-undang diikuti dengan betul. Ini termasuk pengesahan identiti pembeli, urusan pinjaman, dan pindah milik harta.
Dengan Pengalaman & Jaringan Yang Saya Miliki Sebagai Perunding Hartanah Sepenuh Masa, Izinkan Saya Bantu Anda Uruskan Kesemuanya.
Proses penjualan hartanah bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan banyak pihak seperti Bank, Peguam, Jabatan Kerajaan, Penilai dan agensi lain yang berkaitan.
Saya akan bantu anda uruskan kesemuanya.
Perkhidmatan
Bagaimana saya boleh bantu anda jual hartanah dengan PANTAS, MUDAH & SELAMAT?
Kajian Harga Pasaran
Saya bantu anda semak harga pasaran hartanah anda dengan panel penilai yang terpilih daripada bank dan agensi untuk mendapat harga jualan yang terbaik
Fotografi & Video Hartanah
Gambar dan video yang menarik akan meyakinkan pembeli untuk datang melihat sendiri hartanah anda. Saya bantu anda hasilkan foto dan video terbaik
Pemasaran & Pengiklanan
Pemasaran dan pengiklanan di website, medium premium online dan offline dengan lebih daripada 1000 rangkaian bagi mempercepatkan proses penjualan
Pasukan Hartanah
Saya akan bersama sama pasukan seramai lebih dari 1000 orang ejen yang komited untuk bersama sama memastikan hartanah anda terjual dengan pantas
Jaringan Bank, Penilai & Peguam
Dengan jaringan dan hubungan yang luas yang saya miliki, akan membantu melancarkan proses penjualan hartanah anda dengan pantas dan mudah
10 Tahun Pengalaman
Dengan pengalaman selama 10 tahun sebagai Perunding Hartanah Sepenuh Masa. saya mempunyai track record yang terbaik dan telah membantu ramai klien individu dan korporat
Izinkan Saya Bantu Jualkan Hartanah Anda
Langkah 1
Hubungi saya melalui butang HUBUNGI SAYA atau Whatsapp untuk proses perbincangan tentang hartanah anda.
Langkah 2
Proses INSPECTION akan dijalankan di hartanah anda bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas
Langkah 3
Proses PENGIKLANAN akan dijalankan di website dan medium pengiklanan hartanah dan medium terpilih
Langkah 4
Proses RUNDINGAN di antara pembeli dan penjual bagi mendapatkan keputusan yang terbaik