Ejen Rumah Selangor

Blog

APA ITU SJKP?

Apa itu SJKP atau Skim Jaminan Kredit Perumahan

Peka dengan keluhan golongan rentan yang tidak mempunyai pendapatan tetap, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) atau Housing Credit Guarantee Scheme (HCGC) untuk menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam skim ini.

Ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan dan diperbadankan pada 6 Disember 2007. Bagi menguruskan operasi hariannya, SJKP Berhad telah melantik Prokhas Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan).

Dalam Pengumuman terbaru Belanjawan 2024, peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM10 bilion yang dijangka akan memanfaatkan 40,000 peminjam, berbanding hanya RM5 bilion pada 2023.

Berapa Pembiayaan Ditawarkan SJKP?

SJKP menawarkan pembiayaan 100% untuk rumah bernilai sehingga RM500,000. Tetapi pada 27 Julai 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang bagi hartanah bernilai RM300,000 dan ke bawah, pembiayaan sehingga 120% boleh diberikan.

Cara Memohon SJKP

Sama seperti skim pembiayaan yang lain, skim SKJP secara umumnya mempunyai proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini  seperti berikut:

1. Buat pilihan dengan mengenalpasti rumah yang ingin dibeli. Kemudian, dapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.

2. Selepas itu, dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Kandungan surat itu perlu menyatakan maklumat seperti berikut:

  • Nama
  • Nombor kad pengenalan (MyKad)
  • Sumber pendapatan
  • Purata pendapatan bulanan
  • Tempat perniagaan
  • Tempoh berniaga.

3. Dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Bagi kakitangan bergaji, sila bawa penyata gaji dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

4. Lengkapkan juga dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau geran tanah rumah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

5. Bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini. Pastikan anda mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat bagi mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Syarat Kelayakan Permohonan SJKP

Berikut merupakan kriteria kelayakan bagi mereka yang berminat untuk memohon skim SJKP ini:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain berpendapatan tetap
  • Pinjaman bersama dibenarkan
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah/ sederhana/ mampu milik dan untuk didiami
  • Pembelian rumah kediaman baharu atau di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan
  • Pemohon mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman kurang daripada 65% daripada pendapatan kasar
  • Rekod tunggakan CCRIS kurang daripada dua bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan, ia juga mengambil kira faktor kelayakan pinjaman perumahan oleh calon pemohon sendiri juga dengan syarat kelayakan seperti pembayaran bulanan kesemua pinjaman kurang daripada 65% daripada pendapatan kasar.

Malah, rekod pembayaran CCRIS juga perlu kurang daripada dua bulan bagi tempoh 12 bulan terkini bagi memastikan calon yang memohon bukan sahaja layak, tetapi mampu untuk membayar ansuran bulanan kelak.

Terma Dan Syarat Pembiayaan Rumah SJKP 

Sama seperti skim lain, skim SJKP juga menetapkan beberapa syarat dan terma bagi pembiayaan di bawah skim ini bagi kebaikan pembeli rumah seperti berikut:

NOTA : CARI PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR UNTUK INFO LEBIH JELAS.

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top