Ejen Rumah Selangor

Blog

APA ITU KAVEAT

Banyak kali saya telah mempertahankan dan membuang kaveat di atas tanah melalui permohonan Mahkamah, dan kebanyakannya memihak kepada klien. Jadi, apakah itu Kaveat? 1. Apakah kegunaan Kaveat Tanah atau ‘Private Caveat’ ini?

Kaveat ini adalah satu instrumen yang boleh difailkan sendiri di Pejabat Tanah yang fungsinya – akan menghalang pemilik berdaftar (registered owner) yang nama diendorskan atas geran, daripada menjual, menyewa, ataupun mencagarkan tanah tersebut kepada orang lain. Dia dihalang untuk ‘deal’ dengan Hartanah tersebut dengan sesiapa pun. Tanahnya itu umpama dibeku. 2. Siapa yang boleh masukkan Kaveat ini ?

Sesiapa sahaja boleh masukkan Kaveat ni, apabila dia mempunyai 2 tuntutan: i) Tuntutan Hakmilik terhadap suatu Hartanah/Tanah.Contoh – Apabila anda beli rumah atau tanah dan telah membayar deposit dan loan approved & disbursed, tetapi penjual tiba-tiba tak nak jual atau tak nak sign borang tukar hakmilik (Borang 14A). ii) Ataupun mempunyai tuntutan Hak (Interest) atas Hartanah tersebut.

Contoh – Waris nak tuntut hak bawah Hartanah Pusaka dan nak elak daripada dijual oleh Pentadbir Pusaka.

Contoh – Pemberi pinjam wang daftar Hartanah sebagai cagaran pinjaman wang, Pemberi ni boleh masukkan kaveat atas Hartanah tersebut. Ideanya, sebelum meneruskan suatu tuntutan di Mahkamah, suatu Kaveat akan jadi benteng pertahanan sementara yang menahan Hartanah tersebut daripada dijual. 3. Berapa had umur Kaveat ini jika difailkan?

Suatu kaveat akan terbatal secara automatik selepas Enam (6) Tahun difailkan. Nasihat saya sebagai peguam, ianya penting untuk pihak yang masukkan Kaveat ini secepat mungkin bawa tuntutan ke Mahkamah, jika lambat melampau, Mahkamah tidak akan teragak untuk batalkan Kaveat ini, kerana bak pepatah Latin,: Vigilantibus non dormientibus jura subveniunt”, – Undang-undang tak akan menolong mereka yang lalai akan hak mereka. 4. Kalau Hartanah kita dimasukkan kaveat oleh orang lain, boleh tak buang?

Boleh, pemilik berdaftar Hartanah boleh memohon kepada Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah ataupun bawa hal ini ke Mahkamah dan membantah kemasukkan Kaveat tersebut atas dasar ianya dibuat tanpa asas yang kukuh. 5. Perlu guna khidmat atau nasihat lawyer?

Tentulah. Kerana seorang peguam adalah dalam posisi terbaik untuk bagi nasihat yang akan membuka jalan kepada kemelut anda. Umpama, malu bertanya sesat jalan…It never hurts to ask. Please LIKE & SHARE

nota : Nak jual Rumah anda , sila berurusan dengan Perunding Hartanah Berdaftar

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top